PENGURUSAN DALAM ISLAM
(DUB2022)

E-FOLIO
PRINSIP PENGURUSAN ISLAM


NAMA PENSYARAH: PUAN WAHIDA BINTI MAT SAID

KUMPULAN 2
Siti Norazlin Binti Jelan
02DSK17F1010
Nurul Naziratul Binti Mat Wazir
02DSK17F1002
Suhaila Binti Suhaimi     
02DSK17F1008
Nurul Hatiqah Binti Rahman
02DSK17F1054
Aireen Natasya Binti Rusuhaidi
02DSK17D1016


JABATAN PERDAGANGAN
DSK2A





PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…
      Assalamualaikum wbt, Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, tenaga, nyawa dan akal fikiran yang dianugerahkan kepada kami. Dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan baik dan jayanya.
        
     Pertamanya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang disayangi iaitu Ustazah Wahida binti mat said diatas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
    
     Kami juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada sahabat handal yang banyak memberi pertolongan kepada kami untuk menyiapkan e-folio ini.  Mereka telah memberikan kami segala pertolongan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini dengan suksesnya.

     Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih dan beribu kemaafan kepada mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam kami menyiapkan kerja e-folio ini. Sekian, terima kasih.







PENGENALAN
Pengurusan islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia,organisasi dan matlamat pengurusan islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis.Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.pendekatan islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber,melalui perancangan,arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.

Sistem pengurusan islam,sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana is berpandukan
Al-quran dan sunnah.Pengurusan islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus,ketua,pemakmur,alam mengikut kerangka berfikir,nilai dan prinsip islam.

Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan islam yang tersendiri.Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.Selain itu,objektif  sesebuah organisasi  merupakan gagasan  yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi.Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman.Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.






PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

      Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan. Dalam konteks pengurusan islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam pelaksanaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan oleh sesebuah organisasi.

     Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan Al-Quran dan As-sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata untuk kebendaan dan keduniaan sahaja.

     Menurut Profesor Syed Othman Alhabshi, pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan modal tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

    Manakala, Muhammad A. Al-Buraey berpendapat bahawa pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk social yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

        Bagi Rasid et al. (2008), pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada “kerajaan Islam” atau pemerintahan Islam. Maka, prinsip sesebuah “Negara Islam” melibatkan prinsip-prinsip berikut:

          I.         Al-Ubudiyyah
        II.         Al-Syura
     III.         Al-Hurriyah
     IV.         Al-Musawah
       V.         Al-Adalah

Al-Ubudiyyah
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri dengan Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan sesama manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan KeEsaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim:1991)

Firman Allah:
“Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?"

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim:1991)

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung    diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja sama ada di kebun, di tmpat-tempat perniagaan kerana semua perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri dengan Allah.

2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi

Firman Allah:
"Bukankah aku Tuhan kamu?" Maka jawab ruh: "Ya, kami bersaksi supaya engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini".

Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya dengan punca rezeki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Abu Sin, 1991)

Firman Allah yang bermaksud:


"Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata; wahai kaumku! Sembahlah kamu kepada Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik, kemudian kembali kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya" (Surah Hud 11:61)

Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat corakkan pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad:2011)

1. Matlamat atau halatuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.

2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga pelrlu seiring dengan konsep ubudiah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan terhadap konsep "matlamat menghalalkan cara".

3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasil perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud budaya yang bernafaskan nilail Islam di dalam organisasi terserbut.

Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati perlu memberi kesan yang positif kepada pembetukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah: (Rasid Muhamad:2011)

1. Warga organisasi akan menaikkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan mereka seolah yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, dia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.

2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.

3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.

4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembagan organisasi.

Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan kemajuan organisasi.


Al-Syura

     Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam al-quran. Kemudian, dikukuhkan lagi oleh sunah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat. Al-syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.

Antaranya kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:


  •     Amalan syura  menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logic akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada seorang.

  •    Syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam.

  •   Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

  •     Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara bersama (mengikut persepakatan ramai)

  •    Syura bertujuan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja

  •      Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila berbincang dan membuat keputusan bersama.


 Oleh sebab al-syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Menurut Rasid et al. (2008), sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti yang berikut:

1.     Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci
2.    Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang           zalim dan melakukan kejahatan.
3.     Seorang yang jujur dan bertaqwa.
4.     Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak
5.     Seorang yang adil
6.     Seorang yang berilmu dan terpelajar
7.     Seorang yang tekun dan sabra dalam menjalankan tugas dan amanah.


       Menurut Abdullah (1990), fungsi syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara-perkara yang berikut:

1.     Menggubal peraturan-peraturan organisasi.
2.     Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
3.     Meluluskan program-program kewangan.
4.     Mengulang kaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan cara untuk melicinkan lagi       pentadbiran organisasi.
5.     Berkuasa mengisytiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
6.     Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
7.     Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi       kemaslahatan organisasi.
8.     Menggunakan harta belanjawaan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh             syura.

        Syarat yang menjadi garis panduan bagi melaksanakan syura ialah tidak boleh digunakan dalam dalam soal atau perkara yang jelas bertentangan dengan Islam. Biasanya Al-Syura tidak perlu dipakai dalam soal hak-hak pengurusan dan ianya perlulah bersesuaian dengan prinsip syura itu sendiri. 

Al-Hurriyah

   Al-Hurriyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT

     Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusian yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:

                                                 I.            Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman             yang dianuti
                                               II.            Kebebasan berfikir
                                            III.            Kebebasan bersuara
                                            IV.            Kebebasan memiliki dan mencari harta
                                              V.            Kebebasan untuk menuntut ilmu
                                            VI.            Kebebasan bergerak

    Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira tiga perkara. Pertama, kebebasan tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam.  Hal ini kerana dalam Islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum. Kepentingan umum itu hendaklah didahulukan. Kedua, kebebasan tidak mengganggu kepentingan organisasi tang membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri. Ketiga, kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jika bercanggah, maka dengan sendirinya akan terbatal.

    Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organisasi ialah kebebasan yang melambangkan perhargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu selagi tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam. Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti serta keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang ke arah kebaikan dan kecermerkangan organisasi.



Al-Musawah

Al-Musawah atau persamaan adalah antara prinsip-prinsip pengurusan dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada keturunan yang satu, iaitu berasal daripada nabi Adam a.s.. Perkara-perkara yang membezakan setiap seorang manusia dengan manusia yang lain ialah amalan tanggungjawab dan ketakwaan.

Firman Allah:
“ Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)
                      (Surah al-Hujurat 49:13)

    Pelaksanaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut:

        i.            Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
      ii.            Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa tersendiri.
    iii.            Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.
   iv.            Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusia dan persamaan.

      Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya.  Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, warna kulit dan sebagainya, namun dibina atas dasar persamaan yang dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan sama rata untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi.

      Persamaan hak di muka bumi adalah salah satu prinsip utama syariat Islam, baik yang berkaitan dengan ibadah atau muamalah. Persamaan hak tersebut tidak hanya berlaku bagi umat Islam, tetapi juga bagi seluruh agama. Meraka diberi hak untuk memutuskan hokum sesuai dengan ajaran masing-masing, kecuali kalau mereka dengan sukarela meminta keputusan hukum sesuai hukum Islam.

     Prinsip persamaan hak dan keadilan adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan dalam menetapkan hukum Islam. Keduanya harus diwujudkan demi pemeliharaan martabat  manusia.


Al-Adalah

     Islam merupakan agama yang memetingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya (Siddiq, 2003). Menurut Mawardi, keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanh, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekali pun menjaga maruah. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut:

1.     Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.

2.     Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.

3.     Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.


Keadilan boleh dilaksanakan di dalam perkara seperti berikut:

i. Membuat sesuatu keputusan

Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu perkara kita seharusnya melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut. Ini bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.

     ii.            Pengucapan
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.

  iii.           Keadilan terhadap Allah SWT
Kita tidak boleh syirik kepada Allah SWT iaitu dengan mengakui kewujudan Tuhan selain Allah SWT. Dosa syirik adalah dosa paling besat dan tidak diampuni oleh Allah SWT.

   iv.           Timbangan dan ukuran
Sesuatu perniaga yang melibatkan timbangan atai ukuran hendaklan menjaudi daripada penyelewengan terhadap nilai timbanga dan ukuran.

     v.           Pengurusan harta
Khususnya dalam pemeliharaan harta anak yatim paitu, kita dilarang sama sekali daripada menggunakan harta mereka sehingga mereka meningkat dewasa.




KESIMPULAN
Sekiranyan seseorang pengurus Islam berupaya untuk mengurus pekerjaanya berpandukan prinsip-prinsip pengurusan dalam Islam, maka pengurus tersebut pastinya akan dapat membawa dirinya, kepimpinannya kea rah jalan yang diredhai Allah SWT seterusnya mencapai kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. Islam bukanlah satu ajaran yang utopia iaitu sesuatu yang tidak mampu dicapai dan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya, ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang mudah dan realistic untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa.

Selain itu, Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di mukan bumi termasuk kepentingan ilmu dan system nilai. Sesungguhnya sarjana pengurusan dan pentadbiran sehingga belum lagi dapat membei satu definisi yang tunggal untuk pengurusan dan pentadbiran. Sebab itulah konsep pengurusan dan pentadbiran sentiasa dicampuk aduk antara satu sama lain dan tiada garis pemisah yang jelas. Teori yang dikemukakan dari perspektif etika lebih matang dan unggul





RUJUKAN

·        Buku Pegurusan Dalam Islam Siri Politeknik
·        Buku Mengurus Secara Islam (Yusof Ismail)
·        Lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/languagestudies/logout/notes
·        http://ms-m.wikipedia.org>wiki
·        Buku Pengurusan Islam Teori dan Praktis (Rasid Muhammad)





LAMPIRAN





LAMPIRAN 1
keratan akhbar mengenai konsep
Syura menurut Islam



LAMPIRAN 2
keratan akhbar mengenai kebebasan hak
asasi manusia ( Al-Hurriyah)



LAMPIRAN 3
Antara dalil tentang prinsip asas pengurusan Islam

Comments